Saturday, July 25, 2020

MRSM PENGKALAN HULU II

Assalamualaikum readers, Good morning?

Post kali ini aku nak sambung post aku yang sebelum ini. Jadi sebelum korang meneruskan pembacaan, bagi sesiapa yang tak baca lagi MRSM PENGKALAN HULU I sila klik dan pergi baca dulu post yang itu ye.

Baiklah, First night aku di asrama dipenuhi dengan sesi  perkenalan diri. Roomates aku yang dah tinggal sejak form 1 mula approach aku dengan tujuan beramah mesra. Dan kitaorang pun berkenalan.

Pagi esoknya dah mula minggun orientasi ni. Kalau kat MRSM ni, setiap tahun ada dua jenis orientasi iaitu untuk form 1 dan form 4. Macam biasa, miggu orientasi nilah semua senior nak buli kita. Memang tough gila minggu orientasi kat sini. Ramai juga lah yang quit MRSM ni semasa minggu orientasi sebab tak tahan dengan jadual waktu yang padat, peraturan ketat dan obviously homesick.

Aku sendiri tak terlepas dari homesick. Tapi pada aku, kita kena hadapi masalah, bukan lari dari masalah. Nanti aku cerita macam mana aku atasi masalah homesick kat asrama nih. Banyak senior yang turunkan ilmu tau pasal benda ni.

Okay, kita teruskan lagi kisah kita yerr. Lepas minggu orientasi, bermulalah sesi pembelajaran kita. Masya-Allah. Kalau minggu orientasi dah rasa seksa, inikan lagi hari hari biasa. Tapi bagusnya bila dah start belajar ni kau dah tak fikir sangat pasal peraturan. Kau cuma fikir belajar belajar dan belajar aja (plus sukan dan aktivit coq pada sesiapa yang suka).

Aku jamin lahh life korang memang akan bertukar 360 bila masuk MRSM ni. Bertukar macam mana? masuk lah MRSM dulu baru tau hehehe.

Secara pendek, rutin harian aku di MRSM bermula seawal jam 4:50 a.m. Bangun awal di asrama adalah satu kelebihan yang sangat diidamkan. Sebab apa? sebab dapat mandi kat bilik air yang kosong, air pun laju mengalir dan takde orang yang akan ganggu kau masa mandi dengan soalan 'lama lagi ke ? cepat lah sikit' .

Mula mula mesti korang akan takut nak mandi kat bilik air yang kosong kan? Aku pun macam itu juga, tapi bila dah lama, nikmat mandi waktu bilik air kosong tuu memang tak dapat digambarkan. Then, bersiap dengan pakaian seragam sekolah, kemas bilik dan katil, kemas buku dan get ready untuk pergi surau untuk solat subuh. Paling lambat pergi surau adalah pukul 5:30 a.m. Jadi korang mesti dah faham kan kenapa kena bangun awal gila.

Lepas solat dalam pukul 6:15 macam tuu, pergi sarapan dan teruskan last inspection kat bilik sendiri supaya masa assembly nanti nama tak kena panggil. Pukul 7:00 siren asrama berbunyi menandakan semua pelajar mesti berkumpul depan asrama masing masing untuk assembly. Sebenarnya ada nama khas untuk assembly ni tapi aku lupa sebab form 5 tak perlu join assembly. Haa siapa lambat join memang kena ambil nama.

Masa kat assembly ni lah semua information disampaikan oleh ketua pelajar aspuri (Asrama Puteri) dan aspura (Asrama Putera). Dan mana mana badan kepimpinan yang nak bagi informasi pun sesuai buat announcement waktu ni. Lagi, pelajar biasa yang ada announcement hilang barang ke? terjumapa barang orang ke? birthday wish ke? waktu ni bergilir gilir berucap. Kalau birthday wish, nanti ramai ramai nyanyi lagu birthday.

Then lepas public announcement, bermulalah upacara yang paling semua orang tak suka. Siapa yang tak kemas bilik betul betul akan kena panggil untuk naik semula ke asrama dan betulkan balik kesalahan bilik. Kalau kotor sangat bilik tuu, biasa satu bilik kena panggil naik atas. Alhamdulliah, bilik aku jarang sangat kena panggil. Jadi satu kebanggaan kalau bilik kau jarang kena panggil. Ada yang sengaja tak nak naik bila di panggil. Yang spesis macam ni tunggulah warden cari kat kelas hahaha. Masa tu nak sorok muka pun dah tak boleh dah. Pelajar lelaki pun tahu kau tak kemas bilik hahaha.

Habis assembly pada pukul 7:30 bergantung kepada kesalahan bilik yang disebut dan respon si pelaku salah. Kalau banyak kesalahan bilik dengan respon pelaku salah ni lembab, memang lambat lah korang masuk kelas.

Bila lambat masuk kuliah, memang habis lah telinga kena kutuk dengan cikgu. Tak ready nak belajar lahh, malas nak kemas bilik lah dan macam macam lah. Lagi sakit hati kalau kuliah first dekat lab. Memang rushing teruk lah nak ambil buku kat kelas lepastu nak berlari pergi lab lagi.

Nak dijadikan cerita, semua lab kat maktab ni terletak kat blok paling belakang sekali. Jadinya memang belari larian lah semua pelajar yang perlu ke lab.

Kelas habis pada pukul 10:30 a.m. untuk waktu rehat dan tamat pada pukul 11:00 a.m. Then sambung sampai kelas akademik sampai pukul 1:30 a.m. Kalau hari isnin dan selasa, kelas prep (kelas persediaaan) akan bermula pada pukul 2:30 sampai 4:30 . Untuk hari rabu dan hari khamis, aktiviti kokurikulum start dari 2:30 sampai 5:30 . Dan hari jumaat, kelas hanya sampai 12:30 diikuti dengan slot fardhu ain untuk perempuan dan solat jumaat untuk lelaki. Lepastu pelajar semua free.

Setiap hari kecuali hari isnin dan khamis, semua pelajar perempuan kena pergi riadah. WAJIB. Pelajar lelaki tak wajib pun pergi riadah. Alahai lelaki, tak wajib riadah pun dia orang memang akan pergi riadah jugak. Itu yang warden wajibkan riadah untuk pelajar perempuan. Riadah sampai pukul 6:00 p.m. Lepas itu, makan malam, mandi, bersiap untuk kelas prep malam dan pergi ke surau. Paling lambat adalah 7:30 . Then pergi prep malam dari pukul 9:00 sampai pukul 11:00 .

Balik asrama bukan bermakna korang dah free. Akan ada bacaan al-mulk pada setiap hari di bilik pelbagai setiap aras pukul 11:30 .  Then asrama akan light off. Tapi tu tak bermakna pelajar pelajar pun light off jugak. Mostly, memang ramai lah yang akan stay up sampai pukul 12 hingga ke pukul 1 untuk study, siapkan homework yang tak sempat siap masa prep dan urusan urusan lain yang perlu dibereskan. Maka itulah rutin harian pelajar MRSM PENGKALAN HULU yang diulang ulang selama bertahun tahun.

Apa yang korang baca ni, sikit aja tau. Banyak lagi benda lain yang berlaku di MRSM nih. Untuk aku story morry the morning glory, nanti sahajalah dalam post yang seterusnya ye .

Before aku end post kali ni, macam biasa kalau korang ada apa apa yang nak share dengan aku, silalah email ke missnierah143@gmail.com .  Jangan risau, aku seorang yang berpegang pada amanah ye.

Friday, June 19, 2020

MRSM PENGKALAN HULU I

Hello readers...

Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman aku di MRSM Pengkalan Hulu. Buat pengetahuan yang membaca, MRSM PH ni terletak di hulu Perak. Lokasi MRSM PH ini sangat dekat dengan sempadan Kedah (10 minit naik kereta) dan juga dekat dengan sempadan Thailand. Hahaha nanti adalah yang kena culik tu 🤣.

Dalam perjalanan aku ke MRSM ni, tergeleng jugalah kepala aku tengok persekitaran. Memang macam kampung lah. Baru rasa bersyukur duduk dekat bandar. Nak dijadikan cerita, aku ini orang KL, jadinya perjalanan ke sekolah baru aku ini memakan masa 6 jam. So family aku pun berangkat sehari awal supaya tak rushing. Dah duduk asrama ni baru aku tahu benda ni dah jadi kebiasaan dekat pelajar yang dari KL untuk bermalam kat Pengkalan Hulu.

First day aku kat MRSM Pengkalan Hulu ni bermula dengan anxiety yang sangat teruk. Aku rasa nak muntah dan sakit perut yang amat sangat. HAHAHA nampak sangat takutnya. Sampai depan pintu gate, aku berazam untuk lalui dua tahun (yang pastinya memeritkan) di MRSM ini dengan jayanya.

Pendaftaran pelajar baru di Dewan Besar. First time aku tengok dewan ni memnag jatuh rahang aku. Ada aircond tau. Almaklumlah, kita ni budak kemen, mana pernah duduk dewan ada aircond. Pernah aku bet dengan adik aku yang aircond ini mesti buka sekali sekala aja. Tekaan aku terbukti salah bila tiap tiap perhimpunan dibuat di Dewan Besar beserta aircond nya yang seeeejuk.

Sepanjang pendaftaran, mak aku yang uruskan semua. Aku masa tu kena panic attack, rasa serba tak kena dan macam nak pitam pun ada. Banyak lah urusan nak kena buat. Urusan apa? Kau tunggulah bila masuk MRSM PH ni nanti. Yang pastinya aku rate urusan pendaftaran ni 8/10.

Masa pendaftaran ni juga, sesi pengenalan homeroom dijalankan. Masa ni boleh lah kau nak kenal mak bapak homeroom korang. Nak tanya benda-benda private boleh lah tanya kat cikgu homeroom masa ni. Then, proceed pergi siapkan bilik. Masa ini ada free time student dengan parent untuk kemas bilik dan sediakan persiapan terakhir.

Persiapan terakhir yang aku buat di maktab adalah beli bantal dengan telefon cikai. Telefon cikai ni telefon yang tekan tekan yang harga bawah RM 100. Phone ni tak boleh ada aplikasi kamera atau apa apa selain untuk telefon dan mesej sahaja. Hah! macam kembali ke zaman 90-an. Tapi mp3 dan radio dibenarkan. Apa sahaja jenis smartphone dilarang keras sama sekali untuk dibawa ke maktab melainkan ada kebenaran bertulis dari guru.

Aku pernah bawa smartphone pergi maktab sebab Pertandingan Debat. Tapi sekali tu ajalah. Peraturan kat MRSM ni sangat ketat dan selalu diadakan spot check mengejut.

Bila dah siap kemas bilik semua, tibalah masa untuk mata merembeskan air mata. Kata perpisahan yang ditunda akhirnya perlu dilafaz. Jiwang lah pula ayat aku ni. Masa nak say goodbye tu aku tak nangis lah tapi mak aku nangis. Huhuhu sedih weh. Tapi nak buat macam mana kan?

Haa.. Sampai sini dulu geng aku tulis. Lain hari aku sambung kisah aku di MRSM PENGKALAN HULU. Nak luahkan sesuatu yang terbuku di hati ? kongsikan lah dengan aku melalui email missnierah143@gmail.com. Jangan risau, kadang-kadang kita perlukan orang yang kita tak kenal untuk meluahkan sesuatu. Aku tak makan orang lagi ni hahaha. Sampai jumpa lagi..

また ね




Friday, January 3, 2020

Persediaan Ke MRSM

Hello readers...

Post hari ini aku nak tulis (taip sebenarnya) pasal persedian apa yang bakal bakal perjara MRSM ni perlu buat sebelum masuk MRSM.

Banyak benda tau nak buat kalau di terima masuk ke MRSM ni. Readers boleh juga guna guide ni kalau readers nak masuk SBP atau mana mana asrama. As remainder, aku tulis ni berdasarkan pengalaman okay. Kalau ada yang korang pelik atau nak tahu lebih lanjut sila email missnierah143@gmail.com. Jangan risau okay readers, aku tak makan orang lagi.

Satu lagi benda aku nak ingatkan adalah list ini adalah persediaan aku tau. Bukan persedian mandatori yang readers kena ikut semuanya. Kalau readers nak kepastian, adalah lebih baik tanya MRSM yang readers akan pergi tu.

1. Dokumen + Gambar Passport (8-12 keping)

Walaupun tajuk nya ringkas tapi jangan tertipu. Banyak gila dokumen yang perlu di print dan disediakan. So kena get ready file supaya borang dan segala dokumen mak nenek tu tak hilang. nanti meroyan pula nak kena cari. Lagi, ada banyak dokumen yang perlu disahkan oleh majikan parent and pihak sekolah. Pendek kata banyak lah dokumen nanti yang kena siapkan. Cadangan aku, tulis satu check list dokumen dan selalu semak list tu. Ikut pengalaman aku, mesti ada aja yang terlepas pandang.

Lepas itu, kumpulkan dan label dokumen tu satu file sahaja. Kalau banyak banyak file nanti ada yang tertinggal. Dah satu hal.

Dokumen yang aku suka adalah medical check up. Fee medical check up ni tanggungan sendiri tau. Tapi best la juga jumpa doctor, buat test macam-macam. Rasa jadi orang kaya pula.

Gambar passport tu ambil banyak sikit. Kau akan cakap terima kasih kat aku nanti.

2. Kad Bank.

Ini adalah salah satu urusan rasmi yang guna banyak dokumen jugak ni. Aku cadangkan buat lah awal awal supaya senang hidup kat maktab. Sumber ekonomi tak terputus hahaha. Biasanya orang akan buat maybank sebab apa apa ATM machine kalau cucuk kad maybank insya allah boleh keluar duit.

Double check kad kau tu mesti ada 'meps'. Sebab kalau ada 'meps' boleh lah kau main cucuk selalu kat mesin ATM. Kalau tak ada sila cepat cepat buat ye. Nak lagi best, kau siasat lah dulu mesin ATM kat maktab yang kau akan pergi tu jenis apa. Yang aku tahu kalau MRSM PH guna ATM Bank Rakyat dan kalau MRSM FELDA guna Bank Rakyat.

3. Baju Seragam.

Ini adalah salah satu benda yang aku suka bila masuk MRSM. Baju seragam macam macam colour dan mesti tukar tukar setiap minggu. Warna beige/kuning dengan kain coklat, warna biru dengan kain biru pekat dan baju batik. Baju PJ pun biasanya lagi stail dari baju PJ sekolah kemen. Aku cadangkan kau beli baju kuning sepasang, baju biru dua pasang dan baju batik sepasang.

Sebab baju kuning kau pakai hari isnin, bila ada perhimpunan atau ada majlis rasmi. Jarang lah aku pakai baju kuning ni. Baju batik pula pakai setiap hari khamis. Selasa, rabu dengan jumaat, aku akan pakai baju biru dengan baju PJ bergantung pada jadual kelas.

4. Stok Baju + Seluar

Aku sangat cadangkan korang bawak paling kurang 3-4 seluar track atau seluar sukan. Sebab tak boleh pakai skirt atau kain selain kain baju sekolah dan kain baju kurung hahahaha. Kalau lelaki bawa la lebih sikit. Korang kan nak main bola.

Untuk baju pula, perempuan kena bawa lebih 6+ baju yang sesuai dibawa keluar. Baju jangan lah baju jalan-jalan. Tak sesuai. Tapi yang best nya kalau korang takde baju sesuai, kat MRSM ni biasanya akan ada agent yang jual baju jersi cantik cantik. Kalau mampu belilah sebab harganya pun 'cantik' juga.

Untuk lelaki, bawa la sweater, baju berkolar dan baju kemeja sehelai dua. Serius, kalau korang bawa even sehelai satu pun korang akan rasa berguna gila tips aku ni.

Tips aku lagi, plan bawa baju ni sikit sikit dulu. Dalam 3 bulan duduk maktab nanti mesti tahu dah nak bawa baju seluar apa.

5. Berhenti Sekolah Lama.

Masa nak berhenti ni jangan lupa bawa tisu lebih sikit. Takut nanti ada yang mata tiba tiba berpeluh? atau mata masuk habuk kan?  Kau jumpa la cikgu yang banyak berjasa mengajar sampai boleh masuk MRSM.

6. Keperluan Asas Asrama.

Kalau kau tak pernah masuk asrama dan parent kau pun tak ada pengalaman masuk asrama, kau kena buat research sikit tau. Duduk asrama ni lain sikit so rajin rajin la buat kajian. Kalau aku, mak aku pernah duduk asrama so segala jenis barang dia dah tahu so aku list kan sikit barang yang aku rasa kena bawa.

Tips aku untuk keperluan asrama ni, kau fikirkan barang apa yang kau kena ada supaya kau selesa duduk kat asrama tu. Supaya kau rasa macam kat bilik kau. Tapi jangan lah over sangat. Biasanya dalam surat tawaran tu ada letak list barang yang kau kena bawa.


  • jam loceng - untuk yang selalu  kena kejut dengan mak, ini memang wajib ada.
  • iron - ini bawa bila iron kat maktab memang dah nazak.
  • water heater - penyelamat bila kau lapar masa study/teringin nak makan maggi.
  • organizer - ni bagus untuk pastikan loker kau sentiasa kemas.
  • peralatan sukan - untuk isi masa riadah. sebab bosan la kalau asyik joging aja kan?
  • ubat common - bawa lah panadol sepapan dua. Atau apa apa ubat yang korang rasa perlu.
  • lampu belajar - biasa light off kat maktab pukul 11:30 pm tapi homework yang berlambak tu faham aja la.
  • mp3 - ini memang barang popular lah.
  • name tag - bukan name tag sulam tu eh. Kau kena tempah name tag pin / magnet.
nanti aku update lagi ya list ni. Tips lagi, buat lah check list dari awal kau masuk asrama supaya tak tertinggal apa apa bila kau nak keluar nanti.

7. Duit yuran

MRSM ni ada banyak jenis yuran tau. Kau kena familiarize dengan yuran kalau tak mesti ada yang kau tak bayar nanti hahaha.

Paling penting ialah yuran caruman iaitu RM 60. Kena bayar setiap bulan sampai bulan 11.  Ini bukan duit makan tahu? Sebab makan minum memang MARA yang tanggung. RM60 itu nak bayar bil air + bil elektrik dan segala kemudahan yang kau guna kat asrama la. Ada pelajar yang tak perlu bayar. Pelajar yang tak mampu boleh mohon program BUDI. Kena tanya kaunselor la pasal ni

Kedua ialah yuran dobi. Yang ini kena bayar kat koperasi biasanya. Kalau kat MRSM PH, sebulan RM 10 untuk dobi dua kali seminggu. Okay lah kan? Sistem dobi ni lain ikut maktab.

Ketiga ialah yuran amal islamik dan peningkatan prestasi. Yuran ni biasa total RM 30 setiap bulan untuk pelajar F3 dengan F5. Untuk form lain aku tak tahu 

Haaa tiga yuran ini lah yang paling popular kat maktab. Tapi banyak lagi yuran yang kena jelaskan. Kalau bayar online dalam RM 3000+. Lepas itu, bila kau sampai maktab, nak beli set cadar dengan buku lagi semua dalam RM1000+. So get ready lah ye kewangan tu.

8. Stok makanan.

Kau kena beli makanan yang mudah untuk dimakan. Maggi, aneka biskut dan instant milo/kopi memang kena ada dalam loker. Jadual makan kat asrama ni biasanya pelik sikit. Lepas tu, andaikan kau tak sempat makan? maka makanan dalam loker tu wajib boleh dibawa kemana mana.

Setakat itu sajalah yang dapat aku fikirkan. Nanti aku update lagi list ni okay readers? Macam biasa, kalau kau nak tanya apa apa, email me through missnierah143@gmail.com.


Thursday, December 12, 2019

Macam Mana Aku Boleh Masuk MRSM 2

Hello readers...

Okay artikel kali ni adalah untuk sambung post yang lepas. Kalau korang tak baca lagi ' Macam Mana Aku Boleh Masuk MRSM 1' sila baca dulu ya. Nanti sakit mental pula nak faham apa yang aku bebelkan dalam post ni.

So aku start bila aku dapat result PT3 pada tahun 2018. So aku rasa korang dah boleh agak kan umur aku berapa. HAHAHA jangan comment umur aku ehh. Macam dalam post sebelum ni, aku ada seketul C untuk sains dan B untuk mathematic. So secara harfiahnya, memang aku tak lepas nak ke MRSM. Aku tekan kan sekali lagi ehh, tak leoas bukan tak layak. Pada aku, aku memang layak cuma tu lah nak buat macam mana kan? Tapi dalam diam sebenarnya aku masih berharap sebab syarat  kemasukan tahun 2019 dilonggarkan sedikit. So ada chance la kot kan?

Bila hari keputusan permohanan diumunkan aku tak ada kat rumah. Masa tu aku sekeluarga tengah pergi bercuti ke mana tak ingat. Tiba tiba dalam kereta mak aku kata yang aku tak dapat pergi MRSM. Aku terkejut jugalah tapi control macho selaku anak sulung aku pun kata dengan muka tenang tak apalah nak buat macam mana kan? Dalam hati tuhan aja yang tahu.

So sampai aja kat rumah, aku buka laptop dan check betul ke permohonan aku ditolak. Ha... punyalah taknak terima hakikat kan? sampai banyak kali aku check dan reload page yang kata permohonan aku ditolak. Tapi itulah... huhuhu sampai sekarang aku ingat lagi perasaan kecewa aku tu.

Parent aku ni memang nak anak masuk MRSM tau. Aku pula selaku anak sulung memang terasa macam tanggungjawab laa utk tunaikan hasrat tu. Jadi bila last chance aku nak masuk MRSM hancur lebur, sedihnya tak terkira laa. Tapi aku still tak nangis tau. Tabah betul aku masa ni.

Mak aku pula tetap bersemangat waja. Mak aku kata ada peluang lagi ni. Kan boleh hantar borang permohonan tu. Tapi masa itu aku tengah kecewa so aku macam tak endah laa kat borang tu. Pada aku, function la isi borang tu kan? siapa aja nak lepaskan peluang pergi MRSM.

Tapi mak aku isikan juga borang tu. Mak aku tak bagi aku tengok apa yang dia tuliskan tapi aku pun tak banyak bunyi. Masih kecewa lagi ni. So aku bertekad untuk tak lagi berharap kat MRSM. Tambahan lagi masa tu aku mohon SBP dengan program pertukaran pelajar ke Jepun dengan kawan baik aku ni. So banyak lagi la option yang aku ada.

Masa keputusan SBP keluar, aku tak lepas juga. Tapi masa itu aku dah tak kisah dah. Aku dah move on and tak berharap apa apa lagi. Aku pun suka sebab dapat stay kat sekolah lama. Kawan baik aku tu pun tak lepas MRSM dan SBP, tapi dia tak kisah sangat sebab dia nak pergi yang program pertukaran pelajar ke Jepun tu.

Lepas 2 minggu aku memulakan tahun 2019, aku mula bertugas macam biasa. Aku stay back kat sekolah untuk bertugas hari khamis untuk teman kawan aku bertugas sekali. Lepas tu baru aku teringat aku tak bagitau mak aku yang aku stay back (jangan tiru perbuatan in ye). Masa aku dah sampai rumah petang tu aku dah list kan beberapa alasan untuk elak kena marah.

Tapi tiba tiba mak aku peluk aku. Terkejut aku dibuatnya. Buang tabiat ke apa mak aku ni? Haa readers, rasanya korang pun dah boleh agak kan? Ye permohonan aku ke MRSM diluluskan sebagai pelajar first intake tahun 2019. Aku pelik jugalah kenapa first intake. Mak aku kata sebab ramai tahun ni tak nak pergi MRSM. Rezeki aku lah tu.

TAPI... aku dah move on. Aku dah tak berharap nak pergi MRSM. Aku dah suka duduk kat sekolah lama. So macam mana ni?

Hari khamis aku dapat tawaran, isnin minggu depan aku kena daftar. MRSM apa ? MRSM PENGKALAN HULU, PERAK. Serius aku langsung tak tahu kewujudan MRSM PH ni. Dah lah dekat ceruk hutan. Jauh pula tu. Aku ingat aku memang kena campak ke mana mana MRSM. Tapi bila aku check balik borang aku, MRSM PH ni adalah pilihan ketiga aku. Aduhai...

Bincang punya bincang, akhirnya aku kata setuju. Pada aku masa tu, aku tak nak pergi. Aku betul betul dalam gundah gulana. Parent aku berharap gila aku setuju sampai aku tak sampai hati nak kata tak. Tapi dalam hati, tuhan aja yang tahu. Dan kali ni, aku menangis.

Mak aku kata tak sempat nak bye bye dekat kawan sebab ada banyak benda nak kena settle. Dahlah tinggal satu hari bekerja aja untuk selesaikan urusan rasmi. Oh no, memang tak lah aku nak pergi macam tu aja kan. So aku paksa mak aku bagi aku pergi sekolah juga jumaat tu walaupun sampai waktu rehat aja.

Hari jumaat tu adalah hari terakhir aku kat sekolah lama aku. Macam tak percaya juga. Tapi itulah hakikat kan? Kalau kita tak tinggalkan orang, orang tu lah yang akan tinggalkan kita. So aku jumpa kawan aku, jumpa cikgu pss untuk letak jawatan. jumpa crush(hehehe) dan jumpa cikgu cikgu yang banyak berjasa pada aku. Serius hari itu adalah hari yang aku akan ingat sampai bila bila.

Jadinya begitulah kisah macam mana aku boleh masuk ke MRSM PENGKALAN HULU yang tercinta ni. Dah kenal mestilah jatuh cinta kan? Macam mana pengalaman aku kat MRSM akan aku ceritakan di kemudian hari bye..


macam biasa readers, kalau ada apa apa yang readers nak share dengan aku silalah hubungi melalui email missnierah143@gmail.com . Jangan risau, aku boleh terima apa aja yang readers nak share.



Tuesday, December 10, 2019

Macam Mana Aku Boleh Masuk MRSM 1

Hello readers....

Artikel ini aku tulis khas untuk ceritakan pengalaman masuk dan tinggal di MRSM Pengkalan Hulu selama 2+ tahun. Aku masuk MRSM PH tahun 2019 masa F4 sampai 2021 masa F5 (sebab corona kena extend spm).

Aku asalnya budak kemen (bunyikan kemen dari kementerian). Budak kemen ni istilah budak mrsm laa yang transfer masuk mrsm dari F4. Sejujurnya aku bukan lah nak sangat masuk MRSM ni tapi sebab kawan aku kata budak mrsm senang nak study overseas. And masa tu aku memang nak study overseas pun. Cita cita paling besar laa sebab aku ni golongan marhaen aja. Nak juga rasa jadi perantau kat negara orang. Selalu aja aku pergi travel dengan keluarga tapi thrill mengembara ke negara orang tuu buat aku addictive untuk pergi travel lagi jauh jauh.

Okay berbalik kepada macam mana aku boleh masuk mrsm. Beruntungnya aku, tahun 2019, syarat kemasukan ke MRSM dilonggarkan. Sebab nya nanti aku bagitau okay. Tapi bila syarat akademik dilonggarkan makanya syarat kokurikulum ni diketatkan. Ini pun ada sebab jugak tapi nanti aku cerita. Memandangkan aku punya result PT3 ada seketul C utk subjek sains, aku pun kecewa gila gila laa sebab satu satunya jalan shortcut aku nak study overseas dah hancur lebur (over la pulak hehehe)

Tapi deep down aku memang dah agak yang result aku mungkin tak dapat melayakkan aku ke MRSM, So aku fokus jugak dalam bidang kokurikulum. Bila cakap pasal bidang kokurikulum ni bukan semuanya sukan aja tau.

Kokurikulum ni kau kena aktif dalam bidang kepimpinan atau sukan. Memandangkan aku ni tak sesuai utk aktif sukan (bersebab okay !!) aku fokus ke bidang kepimpinan.

Aku bukan lah jadi pengawas sekolah sebab masa aku F1, senior pengawas sekolah garang gila. Aku jadi pengawas pusat sumber. Antara sebabnya aku memang gila buku pun so aku rasa aku memang sesuai jadi pengawas pss (pss = pusat sumber sekolah).

Sepanjang aku tiga tahun kat sekolah lama, aku memang gila kuasa teruk laa. Bayangkan masa F1, aku baru lepas watikah perlantikan, cikgu penasihat pss minta aku jadi setiausah pss sesi petang. hohoho. Aku masa tuu pun tak tahu apa kerja setiausaha ni tapi sebab nak jawatan punya pasal aku kata on aja.

Then aku mula belajar jadi setiausah yang berjaya dari cikgu aku yang baik tapi tegas tuu. thank you cikgu. So berbekalkan ilmu yang cikgu tu ajar, masa F2, mana mana jawatan setiausaha yang kosong mesti aku rembat. Antaranya setiausaha kelas, setiausaha kadet polis, setiausaha bola jaring dan setiausaha kelab sains dan matematik.

HAHAHA bila aku sedar jawatan aku memang gila kuasa teruk laa. Nak dapat jawatan ni senang aja. Kau kena confident kau memang boleh buat walaupun kau tak tahu pun apa yang kau kena buat. Tak apa tak tahu sebab kau boleh belajar, yang penting kena ada confident dan usaha. Kawan kau pun kena laa supportive. Kalau kau aim jawatan president atau vice president memang laa gempak kan ? tapi pada aku, yang paling banyak buat kerja setiausaha laa. so pilih laa jawatan setiausaha. Kenapa ? nanti aku buat satu artikel kenapa ehh. Kalau aku cerita kat sini memang tak habis laa.

Lagi, aku ni bukan budak yang suka mathematic tau. Tapi lepas aku dapat A utk math dalam UPSR (macam bulan jatuh ke riba tau) aku terus suka math. Tambah pula cikgu math aku masa F1 memang sempoi gila laa. Terjatuh cinta la pulak aku ngan math ni. Dan bila dah suka, soalan susah pun jadi senang laa kan ?

Coincidently, cikgu yang ajar aku ni namanya Cikgu Suriani. Cikgu ni sangat komited dengan kerja nya selaku pengajar sampaikan dia suka train pelajar dia jadi cikgu juga. Cikgu Suriani ni lah yang notice agaknya bakat aku mengajar kawan sekelas math, so dia recruit aku utk program guru muda.

So dari F1, cikgu Suriani ni ajar lah aku cara nak mengajar dengan baik, cara nak samakan level pemikiran, cara nak handle stress mengajar ( yang ni serius lawak) dan macam macam lagi. Aku yang baru F2 F3 ni pun tetiba rasa matang gila.

So overall, aku memang banyak participate dengan event cikgu cikgu kat sekolah. Pesan aku jangan pernah kata tak kat cikgu selagi kudrat kau daya nak tolong cikgu. Sebabnya cikgu ni senang aja nak tambah markah kokurikulum kau dalam sistem. Bila kau banyak tolong cikgu, even benda benda remeh pun memang apa yang kau nak senang aja dapat. Cikgu dah reda laa katakan.

Ni lagi aku nak cerita kebaikan baik ngan cikgu ni, aku kan SU (singkatan utk setiausaha) Kadet Polis. So aku laa selalu siapkan proposal aktiviti, laporan, etc. Jadi bila tiba masanya untuk kem buka pasang senjata untuk budak kawad, aku kata kat cikgu aku teringin nak ikut. Masa tu aku bukan budak kawad pun. Akitiviti tu pun memang khas utk budak kawad aja. Tapi cikgu terus bagi aku borang kebenaran lepas aku cakap kat cikgu aku teringin nak ikut. Aku pun hip hip horray laa.

Tak habis lagi tau. Lepas kem buka pasang senjata, abang polis tu kata tahun tu bajet polis ni besar so boleh la kalau nak buat latihan menembak. So sekolah yang datang utk kem hantarlah wakil utk pergi menembak. Haa guess what ? aku terpilih wehh. Itupun selepas bergaduh juga lah dengan budak lelaki. Nak tahu ceritanya ? nanti nanti lah ya.

Kesimpulannya, kalau korang nak capai cita cita korang yang sebesar matahari tu, berusaha sebesar jupiter ya. Tapi pada aku usaha kau tu kena laa sesuai dengan apa yang kau nak dan sesuai juga dengan diri kau.

Contoh kalau kau pelajar biasa biasa tapi nak dapat PT3 straight A's. Mustahil tu tidak cuma usaha tu kena variasi kan. Jangan belajar aja tau. Luaskan connection kau kat cikgu sebab cikgu ni mesti tau trik nak dapat A dalam PT3. Then hubungan kau dengan tuhan pun jagalah sebaiknya.

Hubungan dengan senior ni penting juga. Diorang dah lalui apa yang kau akan lalui so belajar daripada kesilapan diorang supaya kau lebih bersedia. Kurangkan bergaul dengan ramai orang. Fokuskan diri kau dengan kawan yang tak bawa masalah dalam kepala kau.

That all from me. Kalau readers nak tanya apa apa silalah email ke missnierah142@gmail.com


MRSM PENGKALAN HULU II

Assalamualaikum readers, Good morning? Post kali ini aku nak sambung post aku yang sebelum ini. Jadi sebelum korang meneruskan pembacaan, ...