Hello readers...
Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman aku di MRSM Pengkalan Hulu. Buat pengetahuan yang membaca, MRSM PH ni terletak di hulu Perak. Lokasi MRSM PH ini sangat dekat dengan sempadan Kedah (10 minit naik kereta) dan juga dekat dengan sempadan Thailand. Hahaha nanti adalah yang kena culik tu 🤣.
Dalam perjalanan aku ke MRSM ni, tergeleng jugalah kepala aku tengok persekitaran. Memang macam kampung lah. Baru rasa bersyukur duduk dekat bandar. Nak dijadikan cerita, aku ini orang KL, jadinya perjalanan ke sekolah baru aku ini memakan masa 6 jam. So family aku pun berangkat sehari awal supaya tak rushing. Dah duduk asrama ni baru aku tahu benda ni dah jadi kebiasaan dekat pelajar yang dari KL untuk bermalam kat Pengkalan Hulu.
First day aku kat MRSM Pengkalan Hulu ni bermula dengan anxiety yang sangat teruk. Aku rasa nak muntah dan sakit perut yang amat sangat. HAHAHA nampak sangat takutnya. Sampai depan pintu gate, aku berazam untuk lalui dua tahun (yang pastinya memeritkan) di MRSM ini dengan jayanya.
Pendaftaran pelajar baru di Dewan Besar. First time aku tengok dewan ni memnag jatuh rahang aku. Ada aircond tau. Almaklumlah, kita ni budak kemen, mana pernah duduk dewan ada aircond. Pernah aku bet dengan adik aku yang aircond ini mesti buka sekali sekala aja. Tekaan aku terbukti salah bila tiap tiap perhimpunan dibuat di Dewan Besar beserta aircond nya yang seeeejuk.
Sepanjang pendaftaran, mak aku yang uruskan semua. Aku masa tu kena panic attack, rasa serba tak kena dan macam nak pitam pun ada. Banyak lah urusan nak kena buat. Urusan apa? Kau tunggulah bila masuk MRSM PH ni nanti. Yang pastinya aku rate urusan pendaftaran ni 8/10.
Masa pendaftaran ni juga, sesi pengenalan homeroom dijalankan. Masa ni boleh lah kau nak kenal mak bapak homeroom korang. Nak tanya benda-benda private boleh lah tanya kat cikgu homeroom masa ni. Then, proceed pergi siapkan bilik. Masa ini ada free time student dengan parent untuk kemas bilik dan sediakan persiapan terakhir.
Persiapan terakhir yang aku buat di maktab adalah beli bantal dengan telefon cikai. Telefon cikai ni telefon yang tekan tekan yang harga bawah RM 100. Phone ni tak boleh ada aplikasi kamera atau apa apa selain untuk telefon dan mesej sahaja. Hah! macam kembali ke zaman 90-an. Tapi mp3 dan radio dibenarkan. Apa sahaja jenis smartphone dilarang keras sama sekali untuk dibawa ke maktab melainkan ada kebenaran bertulis dari guru.
Aku pernah bawa smartphone pergi maktab sebab Pertandingan Debat. Tapi sekali tu ajalah. Peraturan kat MRSM ni sangat ketat dan selalu diadakan spot check mengejut.
Bila dah siap kemas bilik semua, tibalah masa untuk mata merembeskan air mata. Kata perpisahan yang ditunda akhirnya perlu dilafaz. Jiwang lah pula ayat aku ni. Masa nak say goodbye tu aku tak nangis lah tapi mak aku nangis. Huhuhu sedih weh. Tapi nak buat macam mana kan?
Haa.. Sampai sini dulu geng aku tulis. Lain hari aku sambung kisah aku di MRSM PENGKALAN HULU. Nak luahkan sesuatu yang terbuku di hati ? kongsikan lah dengan aku melalui email missnierah143@gmail.com. Jangan risau, kadang-kadang kita perlukan orang yang kita tak kenal untuk meluahkan sesuatu. Aku tak makan orang lagi ni hahaha. Sampai jumpa lagi..
また ね